sekadar berkongsi...
alhamdulillah kami berjaya ber'usrah' sebentar hari itu..
permulaan yang baik,alhamdulillah.. ^__^
usrah kami kali ini berkisar tentang detik2 kewafatan Rasulullah..in a detail way..
terima kasih kepada pemberi materi hari tersebut,alia..
kamu menyedarkan saya,alhamdulillah kita masih ingat lagi pada junjungan besar NABI MUHAMMAD s.a.w..
alia bercerita..kami mendengar..
sirah yang cukup hebat pada pandangan saya..
saat2 kewafatan Rasul junjungan kita cukup menyentuh jiwa..
betapa sayangnya baginda pada umatnya..
betapa beratnya para sahabat dan umat islam pada waktu itu melepaskan pemergian baginda..
betapa kita kehilangan seorang kekasih Allah yang cukup mulia di sisiNya..
sebak dada mengingatkan perjuangan Nabi...
sayu hati bila kalimat ummati terlafaz2 di bibirnya..
pilu hati bila Jibril memalingkan muka kerana tak sanggup melihat kesakitan Nabi...dan itulah kesakitan yang Rasulullah tanggung untuk semua umatnya..T__T
tapi..apa yang kita buat?
adakah selawat kepadanya setiap hari?
ikut sunnahnya setiap hari?
Rasulullah sendiri berpesan,,,
''telah aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara..iaitu Quran dan sunnah..''
adakah kita berpegang pada 2 perkara ini?
Maulidur rasul hampirt tiba..
tapi janganlah kita hanya mengagung2kan baginda pada hari itu sahaja..
berlumba2 melaungkan selawat..
biarlah setiap hari kita berlumba2 melaung2kan selawat..
berlumba2 mengikuti sunnahnya..
moga2 kita semua tergolong dalam golongan yang beroleh syafaat nabi..
umat Rasulullah s.a.w sendiri telah dijanjikan syurga sebelum umat2 nabi yang lain..
ya Allah besarnya nikmat dan rahmat yang kita dapat..
perlukah kita sia2kannya?
saya nak embedded kan lagu pemergianmu..tapi x reti nak attach..nanti nak suruh cik yan tolong..hehe
semoga beroleh manfaat!rindu nak jumpa Rasulullah x?mesti semua orang rindu kan?T__T
p/s:teringat lagu pemergianmu...tsk3..
(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu
Friday, 20 February 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment