Sudah sunnatullah..kosong itu kita perlu isi..
Memetik kata-kata seorang sahabat saya,ada benarnya kata-kata beliau. Kekosongan lazimya akan diisi.Gelas yang kosong tidak akan diminum tanpa isi,pinggan yang kosong tak berguna jika tidak diisi makanan.begitu juga hati,hati yang kosong tidak akan hidup,tidak akan berguna jika dibiar kosong,sepi tidak terisi.
Himpitan masa,keadaan dan exam sungguh menyesakkan dada.tidak tahu ke mana hilangnya fokus saya kali ini,semua kerja tidak membuahkan hasil yang diinginkan,ada sahaja yang mengganngu. Mungkin iman saya lemah,tak terdaya menangkis godaan duniawi yang tidak menjanjikan apa-apa. hasrat mahu belajar dengan bersungguh-sungguh,nampaknya seperti hangat-hangat tahi ayam,padahal saya sangat risau untuk exam pharmaco kali ini.mujur dosen faham situasi kami,diberi tempoh lanjutan untuk belajar dengan lebih baik,syukur alhamdulillah.topik yang banyak perlu di’cover’ untuk exam part 2 yang pada telahan saya akan lebih mencabar.
Entah mengapa,masa yang diberi terasa disia-siakan begitu sahaja oleh diri saya yang amat lalai dan dilanda penyakit malas sekarang.diri ini terasa ‘lost’,kosong dan tidak seceria sebelum ini.tidak tahu apa penyakit melanda diri.
Setelah didiagnosa dengan lebih lanjut..saya sedar tahap bursa saham IMAN saya nampaknya semakin jatuh,hampir merundum.saya HARUS REDEEM semula semua pelaburan yang telah saya laburkan selama ini.saya tidak mahu berlengah,tidak mahu mengalami kerugian yang lebih dasyhat.
Ya Allah,betapa risaunya hati ini bila terbaca status ym seoarang teman.. “antara tanda-tanda penolakan Allah pada seorang hamba adalah jika hamba itu sibuk dengan sesuatu yang tidak berguna baginya’’..
Terkesima sebentar..seperti tepat terpanah ke atas batang hidung sendiri. Adakah Allah sedang menolak saya ke tepi? Saya tidak lagi istimewa di pandangan Allah? Ya Allah sungguh saya takut,takut tidak dipandang Allah,takut tidak dilayan Allah,takut perhatianNya sudah tidak pada saya. Ke mana saya harus mengadu?
Saya tidak mahu,tidak mahu dan tidak mahu ditolak ke tepi! Saya mahu berhimpit-himpit ke tengah semula,agar saya menjadi orang yang dipandang olehNya. Tidak mahu diri ini diabaikan..saya membayangkan diri ini diabaikan oleh orang sekeliling,perasaan itu sangatlah amat tidak menyenangkan! Saya tidak mahu seperti itu!
Mendaki ke arah puncak IMAN banyak onak dan durinya. Doakan saya sabar dan tabah serta kuat tatkala saya jatuh, saya terpijak duri-duri yang menyakitkan, dan yang paling saya kisahkan, ISTIQAMAH saya.
Doakan saya agar terus istiqamah,tidak hangat-hangat tahi ayam,tidak hanya mampu melafaz di hati tapi menggerakkan seluruh jiwa raga saya untuknya.
Kerana saya tidak mahu ditolak ke tepi….
[sedang mengisi 'gelas' saya supaya penuh..'gelas' anda sudah penuh dan sedia untuk dihidang?]
Thursday, 19 March 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment